Terlupa..?
saat kau hanya setitis air
kala kau mengangkat jemarimu
tanda satu penyaksian
dan mata hitammu berkhalwat
dalam suluk pertamamu....!!
..dan satu bicara terjalin..
"Akukah Tuhanmu..."
"Ya..aku mengaku..Kau TuhanKu.."
dan kita pun lemas dalam lautan ketuban
dan membilang satu yang Esa
menyaksikan Cahaya gemilang dan menggenggam satu Rahsia terbesar
..
Terlupa..?
saat menjengahkan kepala
pada pintu Rahim nan suci
kita pun di dakap rasa
dalam laungan dan menggenggam Rahsia
dalam jerit zduk yang pertama..
..
Terlupa..?
saat kau meniup lilin
ketawa dan menggenggam wain
yang di dalamnya anggur merah
sambil jemari menggenggam angka..
dan meneguk sehirup dari piala
mahu memanggil zduk yang terlupa..??
..
Terlupa..?
saat kau asyik mencurah Rahsia
dalam getar rasa yang mengcengkam
membuang penyaksian dahulu
lantas mengulanginya tapi terlupa...??
saat kau hanya setitis air
kala kau mengangkat jemarimu
tanda satu penyaksian
dan mata hitammu berkhalwat
dalam suluk pertamamu....!!
..dan satu bicara terjalin..
"Akukah Tuhanmu..."
"Ya..aku mengaku..Kau TuhanKu.."
dan kita pun lemas dalam lautan ketuban
dan membilang satu yang Esa
menyaksikan Cahaya gemilang dan menggenggam satu Rahsia terbesar
..
Terlupa..?
saat menjengahkan kepala
pada pintu Rahim nan suci
kita pun di dakap rasa
dalam laungan dan menggenggam Rahsia
dalam jerit zduk yang pertama..
..
Terlupa..?
saat kau meniup lilin
ketawa dan menggenggam wain
yang di dalamnya anggur merah
sambil jemari menggenggam angka..
dan meneguk sehirup dari piala
mahu memanggil zduk yang terlupa..??
..
Terlupa..?
saat kau asyik mencurah Rahsia
dalam getar rasa yang mengcengkam
membuang penyaksian dahulu
lantas mengulanginya tapi terlupa...??
No comments:
Post a Comment