Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Terumbang

laut tenang menghampar alunan
mentari sinarannya menikam tiap perasaan
sang bayu membisikkan irama kerinduan
terpanggang aku di pinggiran sendirian

camar seakan tiada mahu berdendang
ombak rinduku terumbang berjejeran
terhanyut oleh perasaan berterusan
mencari di mana entahnya pengkalan

gamitan nyiur sedang berdendang
pantai kasih setia menadah gelombang
sedang ombak rindu pecahannya merabang
indah panorama seakan semua sedang riang
tersendung aku dikait kenangan yang memanggang

~ anginretak**12.25pm

No comments:

Post a Comment