Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Asmara AwaL (2)
jemariMu..
ada rinduKu membelai
dalam bisik asyik
meraikan gelora di renungan
hingga kerdipan mata hitammu memutih...!!
dan...titis KasihMu
menyelimuti rangkulKu
menggenggam erat dalam rakus pesona
mengOmbakkan nafas..
menari nari mencari Cahaya....
uhh..Kau rasakan
seiras Cinta mengalir dalam darahMu..
dan debar di kamar JantungMu tak mahu berhenti...??
dan seiring nafasMu berlaga
dalam tarian asyik mahu menghampiri Fana...
ahh..pandanglah pada kerlipan langit
di situ akan ada Rahsia terpancar
dalam mengalirnya satu Rahsia
dalam bisik kita yang menyatu
dalam eratnya ombak menhampiri pantai...
memukul asyikMu...melontarkan pintu keFanaan..
lantas Kau membuka pintu Rahsia
dan membenarkan bayang ternyata...!!
ermm..lalu Kau dan Aku menjadi Dia....!!
AwaL...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment