Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Gerak

Qalam bergerak
dengan Cinta dan Rindu
hingga hatimu terdetik dan lidahmu berbicara...!!

Ya..kau yang terlindung
masih mahu mengatakan kau yang berkata..?
tidakkah akan terasa pedang akan melibas lehermu
dalam kesedaran yang tidak terasa..?
ahh...ombak pun tidak mahu bersuara kala di tiupkan angin
dan merapi meyembunyikan wajah kala mengeluarkan lahar
..uhh...tertidukah Diri mu yang terperi dalam melihat sebenar Diri..
dan kau masih tersenyum kala jemarimu menangis menggigil..

para gerak..diamlah bila Dia terdiam
akan ada Pesuruh yang akan menyampaikan pesan
dari sangMaha Raja
yang memegang segala gerak...!!

AwaL...

No comments:

Post a Comment