Shah Jehankah kau
pemuja cinta nan ghaib
di Taj Mahal kau kuburkan
makam abadi cintaku nan satu?
apakah kau si Firaun
mengTuhankan diri sendiri,
pasik membina piramid Giza
kau tangga ke langit syurga
untuk aku ratumu
aksara langit katil buatku?
atau kau mahu pamerkan
gagah perkasa tubuhmu,
setiap keringat mengalir
untuk mengemis sekuntum
senyuman nakal dari bibirku
di medan Colosseum Rome?
mungkinkah kau ukirkan
di tembok El-Petra wajahku
biar kekasihkekasih iri
tidak mampu menandingi
cinta kau pertayangkan untukku?
mantramantra leluhur moyangmu
menjadi tugu 'Stonehenge'
kau ramalkan kisah cintamu
batubata saksi tanpa suara
biar cuaca,musim ingkar
namun cinta kau pahatkan
seutuh stonehenge kita?
katamu, pemuja cinta
:kau jadikan Chichen Itza
tempat kau sembahkan korban
dewadewi di kayangan Mayan
penjaga cintamu nan setia
kukuh, tiada akan tergugat!
dan akhir sekali,
kau cuba yakinkanku
kau akan bina menara Eiffel,
untuk kau kutip bintang kejora
jadikan lambang kesanggupanmu
menakluk hatiku...
hahaha...
yakinkanku, wahai pemuja
padaku katamu omongan kosong
lihatlah aksara batinku
kan kutenggelami rindumu
di sungai Nile hatiku tika
rembulan berdarah!
100512
Kota Singa
pemuja cinta nan ghaib
di Taj Mahal kau kuburkan
makam abadi cintaku nan satu?
apakah kau si Firaun
mengTuhankan diri sendiri,
pasik membina piramid Giza
kau tangga ke langit syurga
untuk aku ratumu
aksara langit katil buatku?
atau kau mahu pamerkan
gagah perkasa tubuhmu,
setiap keringat mengalir
untuk mengemis sekuntum
senyuman nakal dari bibirku
di medan Colosseum Rome?
mungkinkah kau ukirkan
di tembok El-Petra wajahku
biar kekasihkekasih iri
tidak mampu menandingi
cinta kau pertayangkan untukku?
mantramantra leluhur moyangmu
menjadi tugu 'Stonehenge'
kau ramalkan kisah cintamu
batubata saksi tanpa suara
biar cuaca,musim ingkar
namun cinta kau pahatkan
seutuh stonehenge kita?
katamu, pemuja cinta
:kau jadikan Chichen Itza
tempat kau sembahkan korban
dewadewi di kayangan Mayan
penjaga cintamu nan setia
kukuh, tiada akan tergugat!
dan akhir sekali,
kau cuba yakinkanku
kau akan bina menara Eiffel,
untuk kau kutip bintang kejora
jadikan lambang kesanggupanmu
menakluk hatiku...
hahaha...
yakinkanku, wahai pemuja
padaku katamu omongan kosong
lihatlah aksara batinku
kan kutenggelami rindumu
di sungai Nile hatiku tika
rembulan berdarah!
100512
Kota Singa
No comments:
Post a Comment