Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Ombak Aku..!!



aku meletakkan tariku di lantai ombak
dan mahu agar gelora ombak berhenti..?
uuhh..lahar Merapi ketawakan aku
bagaimana tari sumbangku akan menghentikan pusaran..?
dan..aku pun berlari
menjinjing uncang tanpa suara
meledak kealpaan ombak
pada geloranya yang mahu menelan alam
aku campakkan tariku yang diam
pada selautan yang ombaknya melangit
agar keakuan gelora terdiam..senyap
dalam kecelaruan dan kebingungan menjerit
ombak tiba tiba tenggelam
dalam gulungan laut menjadi setitis...!!
dan lahar Merapi terus membeku..!!

Awal...!!

No comments:

Post a Comment