Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Amen


Aku bagai anai-anai dalam gelombang angin taufan
yang menari dengan gelisah
sehingga jatuh aku pada tanah basah
atas rerumputan pagi
lalu tersungkur dan berdoa.

Tuhan,
jika yang terbaik untukku
adalah melepaskan mutiara dalam genggaman
akan aku lakukan demi-Mu
demi cinta pada-Mu.

Biar aku hidup terputus dari pucuk dedaunan
yang bergerak ke arah suria cinta
biar daun terserak layu
pada tanah lembab pegunungan
aku rela.
Kerana Kau-lah Yang Maha Tahu
apa yang terbaik buatku
dan Kau-lah penentu kehidupan nasibku
yang masih bergerak melaju.

Tapi Tuhan,
tolong jadikan setiap pengorbanan yang aku lakukan
menjadi amal terbaikku
dan gantilah dengan yang lebih baik,
Amen.

~ Bintang Kartika

No comments:

Post a Comment