Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Mimpi



Aku terbangun dalam mimpi
sebuah mimpi tentang kisah masa lalu
melihat susuk diri sedang berjalan
dan tersenyum larut ibarat air mengalir
gelak tawa yang kerap terdengar
dan alunan irama khas masa silam
menambah nikmatnya sebuah mimpi.

Aku terbangun dari mimpi
menatap kekosongan yang ada di depan
dan kembali termangu
cuma berharap ini hanya cubaan
untuk sementara bukan untuk selamanya
kerana aku ini lemah
hanya berupaya berharap dan terus berharap.

Ya Rabb tolonglah aku....
kuatkan aku dalam Asma-Mu
 



~ Bintang Kartika

No comments:

Post a Comment