Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Dalam Kamar Musafir

Mimpiku hilang sejak tadi malam, hujan dan angin menganyam dingin, jasad dan jiwa ku di sini terperap dalam gigil sunyi, pagi ini hanya mampu bertanya dalam diri mahu ke mana lagi selepas ini. Langkah ku masih terhenti sesudah matahari tak ku temui. Langit bagai dicalit warna suram dari dendam beribu malam. Aku masih terporok dalam kamar musafir menanti takdir. 


~ Al Haqimi

No comments:

Post a Comment