kawallah pintu amarah itu dari terbuka
kerana syaitan itu berada disana
kawalah pintu cinta duniawimu
kerana syaitan masih disitu
kawalah pintu kebodohan dari terbuka
kerana syaitan laknat juga masih disana
hadirlah kuliah ilmu untuk menghilangkan
kebodohanmu
kawalah pintu angan-angan panjang
kerana syaitan masih ada dipintu itu
kawalah diri dari menjadi perakus
kerana syaitan masih berkawal dipintu ini
jangan jadi bakhil
kerana syaitan ada dalam diri kita
kawalah pintu hati dari jadi batu
jangan sesekali kau
putus asa daripada rahmat "ALLAH"
kerana pintu syaitan yang berada
dalam diri kita ini
hasny mamu
April 2012
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment