Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Aku Ingin


aku ingin mandi hujan, bersamamu
bukan tika siang, tapi kala malam
kerana aku mencintai malam yang memberi kita tangis

aku ingin bersandar di dada pelangi
saat pagi tanpa mentari, denganmu
kerana aku ingin terlahir kembali
pun bersamamu


~ Bintang Kartika

No comments:

Post a Comment