siapakah kau angkat martabatnya
sebagai seorang wira bangsa?
terkorban saat memperjuangkan
maruah bangsa, agama dan kepercayaannya
siapakah pula kau labelkan
sebagai pengkhianat bangsa?
terkorban juga kerana motifnya
mungkin tidak selari dengan isitilah diwujudkan?
hitam putihnya semakin kabur
tiada jelas mampu dihuraikan,
semakin kusut, semakin keliru
mandat gelaran yang diciptakan!
adakah seseorang itu dianggap wira
tika menjalani tugas lalu terkorban,
maka namanya diharumkan satria
walau tiada unsur mempertahankan maruah?
adakah seseorang itru dituduh khianat
jika berbeza doktrin dukungannya?
memberontak keras mempertahankan
satu ideologi dipegang kuat?
maka lahirlah isitilah baru
yang digerun ramai mendengarnya,
malah dicemuh dan dinobat pendosa
pengganas tiada peri-kemanusiaan???
jika esok aku berjuang
percaya penuh ini ialah jihadku,
adakah aku akan dituduh pengganas
atau seorang wira yang tidak gentar
mempertahankan nusa, bangsa dan agama?
di manakah aku di mata dunia
atau pun si mereka di kalangan masyarakatku,
sedangkan media massa kini alat manipulasi
mengaburkan benar dan juga yang muslihat ...
Raisya Scorp
Marsiling Dr
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment