jika mata dapat berkata
akan dilukis gambaran hati,
dikuasai sang emosi
meninta rahsia di sebalik rasa
dari jendela mata
lalu ke kamar hati
atma misteri ciptaanNya
bertamankan pelbagai bunga
berkasih, berharap, berhiba
dan mata tiada mampu
berselindung hijab kalbu
pancaran cahaya mewujudkan
isi hati lama terkubur
sinaran mata akan membuka
lembaran rahsia sebenar
tanpa bibir menceritakan
hikayat hidup sejujurnya ...
Raisya Scorp
Marsiling Dr
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment