Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Cahaya Dalam Gelap


kuserakkan bintang di kanvas langit
kulitupkan bulan yang tegap tertancap
meraba gelap yang terbentang
mencari cahaya andai tersuluh

hitam itu bukan gelap
putih itu bukan cahaya
kerna fitrah bukan takdir
jangan disamakan pada dasar akal

dua cahaya telah dibekalkan
menerenagi dua kegelapan
amanat agung untuk umat terakhir
apa kita masih degil

dunia makin tua
maut pasti kunjung tiba
cahaya makin ditinggalkan
seolah gelap pasti bersuluh

amanat ini harus kita pegang
amanat ini harus kita jaga
agar cahaya tidak hilang
agar cahaya bersinar pasti

"telah di beri dua cahaya kepada umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu:"
1. Cahaya Al-Quran
2. Cahaya Ramadan

Dua cahaya ini untuk:
1. Kegelapan ketika sakaratul maut
2. Kegelapan saat berhadapan dengan Allah di Padang Mahsyar

(kitakawan200412)

No comments:

Post a Comment