Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Hembusan Sang Perindu ♥

hembusan bayu berehat sejenak
gemersik hembus udara kasih
menyampai salam pada yang jauh
salam bisu seribu bahasa rindu

tangan menggenggam sebuku janji
tika dibawa ke dunia nan fana
masih mencari, menimba pahala
namun yang dingemis cinta Ilahi

wahai bayu yang mahu pergi,
bawalah senandung istighfar dzikirku,
biarlah seisi alam mendengar isakanku
isakan sang perindu pada Ar Rahman.

wahai bayu yang lalu pergi
bawalah kidung kalimah selawatku,
biarlah seisi alam mendengar keluhanku
keluhan sang perindu pada Al Khaliq.

wahai bayu yang singgah sebentar
titipkan keroncong syahdu amalanku
tiuplah pada setiap ruang terbuka
agar aku sentiasa sedar akan kedaifanku ...

bayu langkah melambai mesra
bawa bersama sebakul rinduku,
ya Allah, KAU lah kekasih kudambakan
terimalah sembah hambaMU tiada sempurna

Raisya Scorp
Marsiling Dr

No comments:

Post a Comment