Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

♥ Keegoan Sindrom Lelaki! ♥

kucuba pamerkan rasa ini
lahir dari hati tulus,
sayangnya sering dipandang buruk
hingga mengilhamkan senista fitnah.

kusering menayangkan rasa ini
rasa kagum teramat sangat,
sayangnya ada saja mempersoal
senyuman sinis berulat
di bibir hati mereka

salahkah aku?
adakah ini satu dosa?

kekadang aku rasa terkilan,
sering saja Allah memberi peringatan,
mereka akur menjawab akan terima
namun hanya di jemari menaip
di hati terpedam pelbagai andaian palsu!

alasan tiada berani diutarakan
hanya dibisik di belakang tirai ngumpat,
hingga menimbulkan rasa bersalah
membuat mangsa terus ghaib tanpa sebab.

mungkin, memang ada salahnya
dalam gurau kadang kala lupa
akan sempedan diiktiraf manusiawi,
pasti akan dipandang serong
kerana itu BUKAN sifatnya dituntut!

mungkin, memang kurang manisnya,
dalam senda terselit usikan manja
hingga kening "THE ROCK" dicitra
membuat sang hati tergamak mengata
walau diperkatakan ialah teman seperjuangan!

kuselalu mengatakan apa dirasa
bukan kerana mahu menggoda,
atau cuba mengampu
sebab memang itulah yang dirasai
berdosakah? salahkah?

memang adat dunia
setiap perbuatan wanita akan dinilai
setiap perbuatan kaum Adam benar saja

inikah keadilan?
sayangnya ...
itulah yang kupanggil

KEEGOAN SINDROM LELAKI!

Raisya Scorp
Marsiling Dr

No comments:

Post a Comment