jendela pagi menguak
dingin hujan masih membalut tubuhku
aku terlepas mimpi malam tadi
seperti kelmarin perjalanan ini
masihku teruskan
kuhela nafas yang masih
ada dengan rasa bersyukur
pada yang empunya roh ini
sesekali kulemparkan pandangan
keluar jendela ini
melihat tapak-tapak hujan
dibumi yang berbekas
dan bila ku endongak kepalaku
ke langit awan mendung masih
di situ hujan masih menitik
Allah menurunkan rahmatnya
jauh di sudut hatiku berdoa
agar di hulu tidak bah
walaupun sudah lama
sungai itu kontang
kerana di sana ada rezeki
si penjual nasik lemak
yang mempunyai ramai anak
dan hujan ini
memberi rezeki kepada
si pencari udang
untuk meyuapkan anak-anak
dirumah
jendela dan pintu ini kututup
kerana tempias melewati
ke dalam membasahi
kamarku
Hasny Mamu
7april12
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment