Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.

Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.

Ilmu Seluas Lautan

Hai kawan-kawan semua
dengar sini Citey Spectra mahu berbicara
hari ini saya dihantar berguru di sebuah gua
hendak kata girang boleh katalah
hendak kata walang boleh jugalah
"Apo nak dikato..." hehe kato Ito The Blues Gang
bukan bongkak tetapi sekadar cukup-cukuplah
bekal diri berdagang di pasar kecil-kecilan
perguruan pertama alah biasalah
perguruan kedua hehe aku dah tahu semua
perguruan ketiga alamak main-main saja
perguruan keempat...oooo...seronoknya
perguruan kelima...wooo...terbaik...
perguruan esok makin tercangak tercongak
tidak sabar rasanya mengunjungi gua itu
kini kusedar sudah...ingat semua
ilmu semakin dicari semakin bertambah
semakin dipelajari akan terasa semakin banyak yang lemah
ingatlah aduhai diriku...belajar usah memilih
yang kita tahu mungkin hanya setitis dari lautan
yang selautan itu marilah kita terus renangi
ayuh jangan biarkan jemu dan malas menguasai kita.

~ICT~bertapak ke gua pertapaan...Espie...

No comments:

Post a Comment