Perlukah aku menangis
saat dadaku disoyaksoyak
pena tajam
berdakwat hitam
perlukah aku berduka
saat cinta dirobekrobek
katakata hina
oleh manusia pendusta
perlukah aku
menjadi seperti mereka
bergembira melihat
insan lain berduka
sedangkan mereka
berjoget gembira
seperti kera
perlukah aku
hidup berpurapura
menjadi baik
di hadapan khalayak cuma
sedang sebaliknya
lakonan belaka
perlukah aku
tersenyum gembira
saat insan lain berduka
sedangkan
saatku berduka
tiada siapa merasa
perlukah aku
menjadi seperti aku
kerana itu
adalah diriku sebenar
~TENANG~
eNi 230412
11:11pm
No comments:
Post a Comment