Sahabat..
Cubalah kita menjadi sahabat sejati
Saling memahami bukan mencaci
Menegur kesilapan, usah meminggir
Jangan keegoisan memutuskan persahabatan
Tanpa melihat kebaikan silam sahabat
Kerana sahabat adalah orang berguna waktu susah dan senang
Seperti madu yang sering membuat hidup ini manis
Seperti daging panggang yang mmbuat hidup ini hangat
Seperti aiskrim yg membuat dunia ini sejuk
Seperti ledakan bom membuat seperti dunia ini kiamat
Namun sama-sama merasai jerih perihnya
Adakala bergaduh namun kembali berdamai
Adakala saling mengata akhirnya kembali tertawa
Sahabat..
Kamu seperti makanan yg membuat aku selalu kelaparan.
Laila~Ganukite
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment