Dan bayu membelai senja
mengepak sayap rona jingga
berharap temu rasa
pada rindu diujung kuku
namun kecewa telah mengaburkan rona senja.
Berlalu...
Menepis rasa yang kian surut
padam kerana rindu bertahta selir.
Tak ada lagi getar hasrat
bertabuh digenderang hati
semua bagai mati
rasa itu telah mengujung kuku
bila tak lagi pada senja itu
surya berselir malam
maka padam sudah pelita
cintaku
pada abdi yang memuja cinta
pada danastra yang memuja rindu.
Biarlah melaut rasa yang tinggal seujung kuku.
Biar puas badai berpesta
menerpa rona jingga senja.
By:Cintha.
06/04/2012 *17:00wib
Tujuan kumpulan puisi online PBKS ini diwujudkan adalah untuk memartabatkan bahasa melayu kebangsaan dan bahasa nusantara di samping mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah dalam dunia penulisan melayu nusantara di maya.Salam persaudaraan serumpun buat semua.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
Pihak kami sangat menghargai karya-karya yang dikongsikan di sini. Oleh yang demikian,sebarang pengeluaran semula karya haruslah merujuk dan mendapat keizinan pihak admin terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment