aku sudah dewasa
sudah kenal
janji terikat sampai mati
sudah tertera mesti dilaksana
sudah dibicara mesti diakuri
sudah dihitam mesti diputihkan
mana perginya semua itu?
auta sahaja
hidup lagi kenapa
patut biar mati sahaja
lihat kini...
manis aku telah ganas jadinya
lembut aku telah kasar lagaknya
sopan aku telah menjadi raksasa
siapa mahu begini?
aduhai kekalkan kesantunan aku
kekalkan pekerti berhemah aku
kekalkan lembut budi bicaraku
apa dah jadi?
jangan sampai lidahku berapi
menghampur kata berbisa
menggerit gegendang telinga
kalau dah janji silalah tepati
aku bukan menggila anugerah dunia ini
bukan itu aku dilahirkan ke dunia ini
cuma pintaku keadilan
biarlah kalah setelah dipertandingkan
jika aku dimasukkan kekancah ujian
terimalah luahan hatiku
yang terbuku biar terlerai
aku takmahu sakit kepalaku bertamu lagi
cukup sudah sudahlah...
aku sudah dewasa
sudah lawas hidup
dalam dunia kejam kamu!
Citey Spectra
~ICT~marahku ada sebabnya...Espie..
No comments:
Post a Comment